Selasa, April 28, 2009

PAS FOR ALL

PAS seperti yang diketahui adalah sebuah parti politik. Ia ditubuhkan pada tahun 1951.

PAS merupakan parti awal yang menang dalam pilihanraya 1955, selain dari Perikatan. PAS mendapat satu kerusi yang menunjukkan PAS mendapat sokongan rakyat sejak sebelum merdeka.

Selepas merdeka PAS telah berjaya memerintah Kelantan dan Terengganu. Walaupun Terengganu terlepas selepas itu, PAS telah melebarkan sokongan ke seluruh Semenanjung.

Perjuangan PAS ada jelas sebagai parti politik Islam. Nama parti ini jelas menunjukkan kenyataan ini.

Sejak dahulu hingga sekarang, PAS tetap dengan agenda yang sama. Walaupun cara mungkin berbeza selepas diambil oleh kepimpinan ulama pada wal 1980-an.

Kepimpinan ulama telah membawa PAS ke satu era yang baru. Rakyat mula menerima PAS sebagai parti untuk semua. Kemenangan PAS dan memerintah beberapa negeri membuktikan sokongan rakyat ini.

Kini pemilihan kepimpinan yang akan diadakan pada bulan Jun ini, menunjukkan satu perubahan kepada PAS sendiri. Banyak pihak cuba melagakan pemimpin PAS. Kita yakin para pemimpin PAS akan dapat menghadapi situasi ini.

PAS akan memimpin Malaysia satu hari nanti sekiranya komited meneruskan agenda bersama rakyat dan kekal dengan agenda Islam yang diasaskan oleh pemimpin terdahulu.

PAS bukan hanya parti untuk orang Islam tetapi untuk semua.

Memantapkan saf perjuangan

Perjumpaan di Markaz PAS Teluk Malek memberi kesan mendalam kepada perjuangan. Pertemuan ini dapat merapatkan saf perjuangan antara calon yang menang diperingkat kawasan dengan calon yang tewas dengan suasana yang konduksif. Pelbagai persoalan yang ditimbulkan untuk memantapkan saf kepimpinan kawasan supaya menjadi teladan kepada ahli-ahli. Ini membuktikan bahawa PAS tidak berpecah kepada beberapa kumpulan seperti mana yang digambarkan oleh UMNO/BN. Tidak ada golongan pro muqabalah atau gol erdogan.

Ahad, April 26, 2009

Budaya Baru Orang Utara


Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003. Sumber dari Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Serba sedikit maklumat berkaitan daun biak. La ni sebelah negeri perlis, kedah penang, kelate, trengganu mejadi budaya baru masyarakat Melayu. Menjadi satu tradisi baru di Kedah dan Perlis setiap kali kenduri kawin dan bersunat mesti dihidangkan air biak. Depa percaya minum air biak memberi tenaga untuk buat kerja dengan lebih kuat. Peminum air biak terdiri dari golongan remaja 15tahun ke atas, golongan dewasa dan orang tua termasuk kakitangan swasta dan kerajaan.

Jangan dijadikan satu amalan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan, kalu sekali-sekala takpa kut........jadi ubat no...