Selasa, Jun 09, 2009

Wajarkah....

Wajarkah PAS Kawasan Shah Alam mengusulkan PENGHARAMAN Sister in Islam atas kepentingan sokongan orang bukan Islam kepada PAS. PAS Shah Alam mempunyai alasan yang kukuh demi kepentingan kesucian Islam di Malaysia.

Wajarkah Perwakilan Muktamar PAS ke55 meluluskan usul tersebut sebulat suara. Perwakilan muktamar mempunyai alasan yang kukuh demi menegak prinsip Islam dalam Perlembagaan Parti Islam Semalaysia.

Wajarkah DAP meminta PAS mengkaji semula usul pengharaman Sister in Islam atas semangat penolakkan perlaksanaan Hukum Islam di Malaysia.

Wajarkah PKR meminta PAS menolak usul PENGHARAMAN Sister in Islam dengan alasan undi golongan Islam Liberal menolak PKR kerana bekerjasama dengan PAS.

Wajarkan kita sebagai orang Islam menerima Gerakan Islam Liberal di Malaysia yang menimbulkan kekeliruan akidah.

Wajarkan kita untuk menolak sebarang bentuk serangan minda yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam.

Wajarkan kita untuk menyokong satu parti politik yang mempertahankan Islam dengan sebaik mungkin........... Fikir, Fikirkan....